Al-Quran 8:20 — Harta Peperangan (Al-Anfal)
Wahai kamu yang percaya, ta'atlah kepada Allah dan rasulNya, dan janganlah kamu tidak memperdulikannya sementara kamu mendengarkan.
[8:19] Kamu mencari kemenangan (Wahai orang orang yang percaya), dan kemenangan pernah datang kepada kamu; kerana itu kepunyaan orang orang percaya. Jika kamu berhenti (dengan keganasan) itu adalah baik untuk kamu, tetapi jika kamu kembali, begitu juga dengan kami. Pasukan pasukan kamu tidak akan dapat menolong kamu, walau bagaimanapun kuatnya. Kerana Allah ada bersama sama orang orang yang percaya.
[8:21] Janganlah jadi seperti mereka yang berkata, "Kami dengar," tetapi mereka tidak mendengarkan.