Surah 8: Harta Peperangan (Al-Anfal)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[8:1] Mereka berunding denganmu berkenaan harta rampasan perang. Katakanlah, "Rampasan perang dipunyai oleh Allah dan rasul." Kamu mestilah mengingati Allah, dan menggalakkan satu dan lain supaya melakukan kebaikan, dan ta'atlah kepada Allah dan rasulNya, jika kamu adalah dari orang orang yang percaya.
Orang orang Percaya yang Benar.
[8:2] Orang orang percaya yang sebenarnya adalah apabila Allah disebutkan saja hati hati mereka menjadi gementar, dan apabila revelasi revelasiNya dibacakan kepada mereka, keimanan mereka bertambah kukoh, dan mereka percaya kepada Tuhan mereka.
[8:3] Mereka Mengerjakan Sembahwang (Salat), dan dari rezeki rezeki kami yang kami berikan kepada mereka, didermakan.
[8:4] Demikian itulah orang orang yang benar. Mereka mendapat kemulian yang tinggi dari Tuhan mereka, begitu juga dengan pengampunan dan rezeki rezeki yang mewah.
Orang orang Percaya Yang Lemah Semangat.
[8:5] Apabila Tuhan kamu kehendaki yang kamu akan tinggalkan rumah kamu, untuk memenuhi perancangan yang ditetapkan, ada setengah dari mereka terdedah sebagai orang orang percaya yang berkeberatan.
[8:6] Mereka berdebatan menentang kamu dari kebenaran, walaupun setelah kesemuanya telah diterangkan kepada mereka. Mereka berlagak seperti mereka itu telah diheret dengan sesuatu kematian.
[8:7] Ingatlah yang Allah menjanjikan kepada kamu kemenangan dengan mengatasi sesuatu kumpulan, tetapi kamu masih berkehendakkan untuk menghadapi kumpulan yang lemah. Itu adalah rancangan Allah yang menetapkan kebenaran dengan perkataan perkataanNya, dan untuk mengalahkan orang orang yang ingkar.
[8:8] Kerana dia telah mendekrikan yang kebenaran akan dapat diatasi, dan kepalsuan mestilah dilenyapkan, meskipun adanya orang orang yang zalim.
Askar Askar Allah Yang Tidak Kelihatan.
[8:9] Lantas, apabila kamu bermohon kepada Tuhan kamu untuk mendapatkan pertolongan, lalu Dia pun merespons kepada kamu: "Aku membantu kamu dengan satu ribu para malaikat dengan membawa kejayaan."
Orang Orang yang Percaya Pasti Mendapat Kejayaan.
[8:10] Allah telah memberikan kamu berita berita yang baik demi untuk menguatkan hati hati kamu. Kejayaan hanya datang dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
[8:11] Allah yang menyebabkan kamu mendapatkan ketenangan dan juga dapat tidur dengan aman, dan Dialah yang menurunkan air dari langit untuk membersihkan kamu dengannya. dan Dia juga yang melindungi kamu dari sumpahan syaitan, dan mententeramkan hati hati kamu dengan menguatkan pendirian kamu.
Pengajaran Pengajaran Dari Sejarah.
[8:12] Ingatlah yang Tuhan kamu telah meinspirasikan kepada para malaikat: "Aku ada bersama kamu; dari itu sokonglah orang orang yang percaya. Aku akan tanamkan perasaan gementar dihati hati mereka yang ingkar. Kamu boleh pukul mereka diatas leher leher mereka, bahkan kamu juga boleh memukul setiap jari."
[8:13] Inilah keadilan yang mereka dapat kerana menentang Allah dan rasulNya. Bagi orang orang yang menentang Allah dan rasulNya, balasan Allah amat dahsyat sekali.
[8:14] Ini adalah untuk menghukum orang orang yang ingkar; mereka telah mendapat siksaan Neraka.
[8:15] Wahai orang orang yang percaya, jika kamu bertemu dengan orang orang yang ingkar yang telah bersiap sedia untuk menentang kamu, janganlah kamu berpusing dan melarikan diri.
[8:16] Sesiapa yang berpusing balik dihari itu, melainkan orang orang yang mengaturkan perancangan perang, ataupun untuk bersama sama dengan pasukannya. Dan mereka akan mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempat kediamannya adalah Neraka; betapa 'azabnya destini mereka.
Allah Yang Melakukan Segala Galanya.
[8:17] Itu bukanlah kamu yang membunuh mereka; Allah yang membunuh mereka. Itu bukannya kamu yang lempar apabila kamu melempar; Allah yang melemparnya. Tetapi Dia yang memberikan orang orang percaya itu kesempatan untuk mendapatkan kredit yang banyak. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[8:18] Tambahan pula, Allah telah membatalkan perancangan orang orang yang ingkar.
[8:19] Kamu mencari kemenangan (Wahai orang orang yang percaya), dan kemenangan pernah datang kepada kamu; kerana itu kepunyaan orang orang percaya. Jika kamu berhenti (dengan keganasan) itu adalah baik untuk kamu, tetapi jika kamu kembali, begitu juga dengan kami. Pasukan pasukan kamu tidak akan dapat menolong kamu, walau bagaimanapun kuatnya. Kerana Allah ada bersama sama orang orang yang percaya.
[8:20] Wahai kamu yang percaya, ta'atlah kepada Allah dan rasulNya, dan janganlah kamu tidak memperdulikannya sementara kamu mendengarkan.
Orang Orang Ingkar Itu Hati Hati Mereka Tertutup.
[8:21] Janganlah jadi seperti mereka yang berkata, "Kami dengar," tetapi mereka tidak mendengarkan.
[8:22] Makhluk makhluk yang paling buruk disisi Allah adalah mereka yang pekak dan bisu, yang tidak mengerti.
[8:23] Sekalipun Allah mengetahui akan beberapa kebaikan yang mereka punyai, walaupun sekali Dia memberikan mereka pendengaran, mereka tetap juga berpaling dengan kebencian.
Orang Orang Yang Salih Itu Sebenarnya Tidak Mati.
[8:24] Wahai kamu yang percaya, kamu mestilah respons kepada Allah dan rasul apabila dia menjemput kamu yang mana dapat memberikan kamu kehidupan. Kamu mesti ketahui yang Allah itu lebih lagi dekat kepada kamu dari hati kamu, dan kamu akan dihadapkan kepadaNya.
[8:25] Awaslah yang hukuman itu mungkin tidak kepada orang orang jahat diantara kamu saja. Kamu mestilah ketahui yang hukuman Allah itu amatlah keras.
Allah Menyokong Orang Orang Yang Percaya.
[8:26] Ingatlah yang kamu biasanya sedikit dan tertindas, takut kepada manusia yang akan meragut kamu, Dan Dia telah menetapkan tempat yang suci, dan membantu kamu dengan kemenanganNya, juga mengadakan peruntukkan peruntukkan yang baik, supaya dapat kamu bersyukur.
[8:27] Wahai orang orang yang percaya, janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasul, dan janganlah kamu mengkhianati orang orang yang percaya kepada kamu, setelah sekarang kamu ketahui.
Wang & Anak Anak Adalah Cubaan.
[8:28] Kamu mesti ketahui yang wang dan anak anak kamu adalah satu percubaan, dan Allah mempunyai ganjaran yang terbesar.
[8:29] Wahai kamu yang percaya, jika kamu memuliakan Allah, Dia akan meringankan beban kamu, menebuskan dosa dosa kamu, dan mengampunkan kamu. Sesungguhnya Allah mempunyai limpahan kurnia yang tidak terbatas.
Allah Melindungi Para RasulNya.
[8:30] Orang orang yang ingkar itu plot dan merancang untuk meneutralkan kamu ataupun membunuh kamu, atau melenyapkan kamu. Bagaimanapun, mereka plot dan merancang, begitu juga dengan Allah. Allah sahajalah perancang yang terbaik.
[8:31] Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami telahpun mendengar. Jika kami menginginkan, kami boleh mengatakan yang serupa. Ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng masa lampau!"
[8:32] Mereka juga berkata, "Tuhan kami, jika ini adalah kebenaran dari Engkau, maka hujanilah kami dengan batu batu dari langit, ataupun siramilah keatas kami siksaan yang pedih."
[8:33] Walaupun demikian, Allah tidak akan menghukum mereka selagi kamu berada ditengah tengah mereka; dan Allah tidak akan menghukum mereka sementara mereka mencari cari pengampunan.
[8:34] Sepatutnyalah mereka mendapatkan hukuman dari Allah, kerana menghalau yang lainnya dari Masjid Suci, walaupun mereka bukannya kustodian yang tertentu? Kustodian yang sebenarnya adalah orang orang yang salih, tetapi kebanyakkan dari mereka tidak ketahui.
Sembahyang (Salat) Telah Wujud Sebelum Quran.
[8:35] Sembahyang (Salat) mereka ditempat suci (Ka'bah) itu tidak lebih dari ejekan dan dengan niat untuk membuat manusia (penuh sesak). Dari itu rasalah hukuman yang menyakitkan oleh kerana keingkaran kamu.
Membelanjakan Wang Mereka Untuk Menentang Allah.
[8:36] Orang orang yang ingkar itu membelanjakan wang mereka untuk menahan yang lain dari jalan Allah. Mereka akan membelanjakannya, tetapi ia akan mendatangkan kesedihan dan penyesalan bagi mereka. Akhirnya, mereka akan dikalahkan, maka semua orang orang yang ingkar itu akan diarahkan keNeraka.
[8:37] Allah akan mengasingkan orang orang jahat dari yang baik, dengan ditindan tindihkan yang jahat itu diatas satu dengan lainnya, kesemuanya dalam satu tindihan, dan dicampakkan mereka semua kedalam Neraka. Demikian itulah keadaan orang orang yang rugi.
[8:38] Beritahukanlah kepada orang orang yang ingkar: jika mereka berhenti, semua dosa dosa mereka yang lalu akan diampunkan. Tetapi jika mereka kembali kepada perbuatan yang lama, maka mereka akan mendapat nasib yang sama seperti rakan rakan sejawat mereka.
[8:39] Kamu mestilah menentang mereka sehingga wad penindasan terhapus, supaya kamu dapat mempraktikkan agama kamu hanya menyembah Allah sahaja. Jika mereka berhenti dari kekejaman, maka Allah amat melihat sepenuhnya akan segala apa yang mereka lakukan.
[8:40] Jika mereka berpaling, maka kamu mesti ketahui yang Allah itu Tuhan dan Tuan kamu; Tuhan dan Tuan yang terbaik, juga penyokong yang terbaik.
[8:41] Kamu mesti ketahui jika kamu mendapat keuntungan dari rampasan perang, satu per-lima mesti dikembalikan kepada Allah dan rasul, untuk diberikan kepada saudara mara, anak anak yatim, orang orang miskin, dan orang orang yang didalam perjalanan. Kamu akan melakukan ini jika kamu benar benar percayakan Allah dan apa apa yang kami telah turunkan kepada hamba kami pada hari membuat keputusan, dihari dimana dua pasukan bertempur. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
Allah Berkuasa Atas Segala Galanya Dan Merancang Untuk Orang Orang Yang Percaya.
[8:42] Ingatlah yang kamu berada dilembah yang disebelah sini, sementara mereka berada disebelah sana. Dan karavan mereka mesti dipindahkan ketanah yang rendah. Kalaulah kamu merancang dengan cara begini, kamu tidak akan dapat melakukannya. Tetapi Allah telah memastikan lebih dahulu perkara ini, dimana orang orang yang telah ditakdirkan musnah mendapatkan kemusnahan kerana sebab sebab yang nyata, dan orang orang yang ditakdirkan dengan mendapat keselamatan akan diselamatkan dengan sebab sebab yang nyata. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
[8:43] Allah jadikan mereka hadir didalam mimpimu (wahai Muhammad) hanya sedikit bilangannya. Kalaulah Dia jadikan mereka hadir dengan banyaknya, tentu sekali kau telah memperolehi kegagalan, dan kamu akan bertikaian sesama sendiri. Tetapi Allah telah selamatkan keadaan. Dia amat ketahui akan segala apa apa yang tersirat dilubuk hati.
[8:44] Dan apabila masa telah tiba dan kamu berhadapan dengan mereka. Dia menampakkan yang mereka itu sedikit pada mata matamu, dan menampakkan kamu sedikit pada mata mata mereka juga. Itu adalah kehendak Allah untuk membawa keluar suatu plan. Sesungguhnya semua keputusan telah diaturkan oleh Allah.
[8:45] Wahai kamu yang percaya, apabila kamu bertembung dengan askar, kamu mestilah berpegang teguh dengan mengingati Allah selalu, supaya kamu mendapat kejayaan.
[8:46] Kamu mestilah menta'ati Allah dan rasulNya, dan janganlah bertikaian sesama sendiri, nanti kamu akan gagal dan akan melemahkan kekuatan kamu. Kamu mestilah sabar dan ta'at Sesungguhnya Allah ada bersama sama dengan orang orang yang sabar dan ta'at.
[8:47] Janganlah jadi seperti orang orang yang meninggalkan rumah rumah mereka dengan berat hati, hanya untuk menunjuk nunjuk, sebenarnya, mereka cuba menghasut yang lainnya dari mengikuti jalan Allah. Sesungguhnya Allah amat perihatin dengan segala apa yang mereka lakukan.
Syaitan Syaitan Nampak Askar Askar Allah Yang Tidak Kelihatan.
[8:48] Syaitan syaitan telah menghiasi mata mata mereka dengan kerja kerja yang mereka lakukan, dan berkata, "Kamu tidak akan dapat dikalahkan oleh sebarang manusia hari ini," dan "Aku akan berjuang bersama sama dengan kamu." Tetapi sebaik saja dua pasukan bersemuka, dia pun berpusing balik dari tumit tumitnya dan lari, dengan berkata, "Aku tidak mengaku bersama kamu. Aku melihat apa yang tidak kamu lihat. Aku takut akan Allah. Sesungguhnya hukuman Allah amat mengerunkan."
[8:49] Orang orang hypokrit dan orang orang yang berpenyakit dihati hati mereka berkata, "Orang orang ini telah ditipu oleh agama mereka." Bagaimanapun, jika seseorang meletakkan kepercayaannya kepada Allah, maka Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
[8:50] Jika kamu dapat melihat orang orang ingkar itu apabila para malaikat datang untuk mengambil nyawa mereka! Mereka akan memukul muka muka dan dibelakang punggung mereka: "Rasakan keazaban Neraka."
[8:51] "Inilah akibatnya dengan apa yang tangan tangan kamu telah menyalah gunakan. Allah tidak pernah bersifat ketidak adilan terhadap makhluk makhlukNya."
[8:52] Ini adalah sama senasib dengan orang orang Fir'aun dan orang orang yang ingkar sebelum mereka. Mereka mengingkari revelasi revelasi Allah, dan Allah telah menghukum mereka kerana dosa dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, dan hukumanNya sangatlah keras.
Hukuman: Akibat Dosa.
[8:53] Allah tidak akan menukarkan rahmatNya yang telah dikurnikan diatas sebarang manusia melainkan mereka sendiri memutuskan untuk menukarkannya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[8:54] Demikianlah kejadian yang berlaku kepada orang orang Fira'un dan yang lainnya sebelum mereka. Pada mulanya mereka mengingkari bukti bukti dari Tuhan mereka. Akibatnya, kami hapuskan mereka semua kerana dosa dosa mereka. Kami tenggelamkan orang orang Fira'un; maka orang orang yang zalim itu pun telah mendapatkan hukuman yang konsisten.
[8:55] Makhluk makhluk yang paling keji disisi Allah adalah orang orang yang ingkar; mereka tidak boleh percaya.
[8:56] Kamu mencapaikan persetujuan dengan mereka, tetapi mereka mencabuli persetujuan persetujuan itu pada tiap tiap masa; mereka bukanlah orang orang yang benar.
[8:57] Dari itu, jika kamu bertemu mereka dalam peperangan, kamu mestilah jadikan mereka sebagai contoh untuk mencegah orang orang yang datang selepas mereka, supaya mereka dapat merenungkan.
[8:58] Apabila kamu dianiayai oleh sekumpulan manusia, kamu mestilah bersiap sedia untuk menentang mereka sebagaimana yang mereka telah lakukan. Allah tidak mencintai orang orang yang suka membuat penganiayaan.
[8:59] Jangan biarkan orang orang ingkar itu berfikir yang mereka dapat terlepas darinya; mereka tidak akan dapat melepaskan diri.
Kamu mestilah Membuat Persediaan: Perintah Perintah Yang Suci.
[8:60] Kamu mestilah sediakan untuk mereka semua kekuatan yang dapat dikumpulkan, dan juga semua kelengkapan yang boleh kamu siap sediakan, dan kamu boleh menakut nakutkan musuh musuh Allah, juga musuh musuh kamu, begitu juga dengan lainnya yang tidak kamu kenali; tetapi Allah mengenali mereka. Apa apa saja yang kamu belanjakan demi untuk Allah akan dibayar kepada kamu dengan mewahnya, tiada sedikitpun ketidak adilan.
[8:61] Jika mereka menganjurkan perdamaian, mesti juga kamu, dan letakkanlah kepercayaan kamu kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Cukuplah Allah Sahaja Bagi Orang Orang Yang Percaya.
[8:62] Jika mereka hendak menipu kamu, maka Allah sahajalah cukup bagi kamu. Dia akan menolong kamu dengan sokonganNya, dan juga bersama sama dengan orang orang yang percaya.
[8:63] Dia telah mengamankan hati hati (orang orang yang percaya). Kalaupun kamu membelanjakan kesemuanya wang kamu didunia ini, kamu tidak akan dapat
memberikan kedamaian dihati hati mereka. Tetapi Allah yang menanamkan perasaan aman itu kepada mereka. Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
[8:64] Wahai nabi, cukuplah Allah bagi kamu dan orang orang yang percaya yang telah mengikutimu.
[8:65] Wahai nabi, kau mestilah menggesa orang orang percaya untuk berperang. Jika kamu mempunyai dua puluh orang orang percaya yang sabar, mereka akan dapat mengalahkan dua ratus, dan seratus dari kamu akan mengalahkan seribu orang orang ingkar. Itu adalah kerana mereka itu orang orang yang tidak faham.
[8:66] Sekarang (banyak orang orang percaya yang baru mengikutimu) Allah telah jadikan mudah untuk kamu, kerana Dia tahu yang kamu tidaklah sekuat dulu. Dengan demikian, seratus orang orang percaya yang sabar dapat mengalahkan dua ratus, dan seribu dari kamu dapat mengalahkan dua ribu dengan kehendak Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama sama dengan orang orang yang sabar dan tabah.
[8:67] Tidak ada nabi dibolehkan untuk perolehi tawanan, melainkan jika dia sama sama turut berperang. Kamu orang semua ingin mencari kebendaan didunia ini, sementara Allah menganjurkan untuk Akhirat. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
[8:68] Jika ini bukanlah ketentuan dekri dari Allah, kamu tentu telah mengalami kesusahan, dari kiraan apa yang telah kamu ambil, siksaan yang amat dahsyat.
[8:69] Dari itu, makanlah dari barang rampasan yang kamu telah perolehi mana yang telah dihalalkan dan yang baik untuk kamu, dan ingatilah Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[8:70] Wahai nabi , beritahulah kepada tawanan tawanan perang dalam peganganmu, "Jika Allah tahu tiada sebarang kebaikan dihati hatimu , tentu Dia telah memberikan kamu lebih baik dari apa yang telah hilang, dan tentu dapat mengampuni kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[8:71] Dan jika mereka hendak menganiayai kamu, mereka telah pun menganiaya Allah. Itulah sebabnya mengapa Dia telah menjadikan mereka dari orang orang yang kalah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[8:72] Tentu sekali, orang orang yang percaya, dan berhijrah, yang berjuang dengan wang dan nyawa nyawa mereka demi kerana Allah, dan juga dengan orang orang yang menjadi tuan rumah kepada mereka dan memberikan mereka perlindungan, dengan menyokong mereka, maka mereka itu adalah pihak berikatan diantara satu dan lainnya, bagi sesiapa yang percaya, tetapi tidak berhijrah bersama sama kamu, kamu tidaklah berhutang kepada mereka untuk membantu mereka, sehingga mereka juga berhijrah. Walaupun demikian, jika mereka memerlukan pertolongan, sebagai saudara seagama, kamu mestilah tolong mereka, melainkan dengan orang orang yang kamu telah menyain perjanjian untuk berdamai. Allah amat melihat apa apa yang kamu lakukan.
[8:73] Orang orang yang ingkar itu adalah pihak berikatan satu dan lainnya. Melainkan jika kamu simpan perintah perintah ini, dimana akan ada keadaan kelam kabut dibumi, dan korup yang dahsyat.
[8:74] Orang orang yang percaya yang telah berhijrah, dan berjuang demi kerana Allah, begitu juga orang orang yang menjadi tuan rumah untuk mereka juga memberikan mereka perlindungan, dan menyokong mereka, sesungguhnya inilah orang orang yang benar benar percaya. Mereka ini sepatutnya mendapat pengampunan dan ganjaran yang mulia.
[8:75] Orang orang yang percaya selepas itu dan berhijrah, berjuang bersama sama kamu, mereka adalah bersama kamu. Orang orang yang bersaudara sesama mereka adalah yang pertama menyokong satu sama lain, dengan menurut perintah perintah Allah. Sesungguhnya Allah amat perihatin akan segala sesuatu.