Al-Quran 8:38 — Harta Peperangan (Al-Anfal)
Beritahukanlah kepada orang orang yang ingkar: jika mereka berhenti, semua dosa dosa mereka yang lalu akan diampunkan. Tetapi jika mereka kembali kepada perbuatan yang lama, maka mereka akan mendapat nasib yang sama seperti rakan rakan sejawat mereka.
[8:37] Allah akan mengasingkan orang orang jahat dari yang baik, dengan ditindan tindihkan yang jahat itu diatas satu dengan lainnya, kesemuanya dalam satu tindihan, dan dicampakkan mereka semua kedalam Neraka. Demikian itulah keadaan orang orang yang rugi.
[8:39] Kamu mestilah menentang mereka sehingga wad penindasan terhapus, supaya kamu dapat mempraktikkan agama kamu hanya menyembah Allah sahaja. Jika mereka berhenti dari kekejaman, maka Allah amat melihat sepenuhnya akan segala apa yang mereka lakukan.