Al-Quran 8:43 — Harta Peperangan (Al-Anfal)
Allah jadikan mereka hadir didalam mimpimu (wahai Muhammad) hanya sedikit bilangannya. Kalaulah Dia jadikan mereka hadir dengan banyaknya, tentu sekali kau telah memperolehi kegagalan, dan kamu akan bertikaian sesama sendiri. Tetapi Allah telah selamatkan keadaan. Dia amat ketahui akan segala apa apa yang tersirat dilubuk hati.
[8:42] Ingatlah yang kamu berada dilembah yang disebelah sini, sementara mereka berada disebelah sana. Dan karavan mereka mesti dipindahkan ketanah yang rendah. Kalaulah kamu merancang dengan cara begini, kamu tidak akan dapat melakukannya. Tetapi Allah telah memastikan lebih dahulu perkara ini, dimana orang orang yang telah ditakdirkan musnah mendapatkan kemusnahan kerana sebab sebab yang nyata, dan orang orang yang ditakdirkan dengan mendapat keselamatan akan diselamatkan dengan sebab sebab yang nyata. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
[8:44] Dan apabila masa telah tiba dan kamu berhadapan dengan mereka. Dia menampakkan yang mereka itu sedikit pada mata matamu, dan menampakkan kamu sedikit pada mata mata mereka juga. Itu adalah kehendak Allah untuk membawa keluar suatu plan. Sesungguhnya semua keputusan telah diaturkan oleh Allah.