Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 8:42 — Harta Peperangan (Al-Anfal)

Ingatlah yang kamu berada dilembah yang disebelah sini, sementara mereka berada disebelah sana. Dan karavan mereka mesti dipindahkan ketanah yang rendah. Kalaulah kamu merancang dengan cara begini, kamu tidak akan dapat melakukannya. Tetapi Allah telah memastikan lebih dahulu perkara ini, dimana orang orang yang telah ditakdirkan musnah mendapatkan kemusnahan kerana sebab sebab yang nyata, dan orang orang yang ditakdirkan dengan mendapat keselamatan akan diselamatkan dengan sebab sebab yang nyata. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

[8:41] Kamu mesti ketahui jika kamu mendapat keuntungan dari rampasan perang, satu per-lima mesti dikembalikan kepada Allah dan rasul, untuk diberikan kepada saudara mara, anak anak yatim, orang orang miskin, dan orang orang yang didalam perjalanan. Kamu akan melakukan ini jika kamu benar benar percayakan Allah dan apa apa yang kami telah turunkan kepada hamba kami pada hari membuat keputusan, dihari dimana dua pasukan bertempur. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

[8:43] Allah jadikan mereka hadir didalam mimpimu (wahai Muhammad) hanya sedikit bilangannya. Kalaulah Dia jadikan mereka hadir dengan banyaknya, tentu sekali kau telah memperolehi kegagalan, dan kamu akan bertikaian sesama sendiri. Tetapi Allah telah selamatkan keadaan. Dia amat ketahui akan segala apa apa yang tersirat dilubuk hati.