Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 9:103 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)

Ambillah dari wang mereka untuk didermakan bagi membersihkan dan menyucikan mereka. Juga untuk menggalakkan mereka, kerana penggalakkan kamu itu dapat menenangkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[9:102] Yang lainnya telah memberi pengakuan tentang dosa dosa mereka; mereka telah mencampurkan perbuatan perbuatan baik dengan yang keji. Allah akan mengampunkan mereka, kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[9:104] Tidakkah mereka sedar yang Allah menerima taubat dari penyembah penyembahNya, dan menerima segala rupa derma, dan sesungguhnya Allah Maha Penyelamat lagi Maha Penyayang?