Al-Quran 9:104 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Tidakkah mereka sedar yang Allah menerima taubat dari penyembah penyembahNya, dan menerima segala rupa derma, dan sesungguhnya Allah Maha Penyelamat lagi Maha Penyayang?
[9:103] Ambillah dari wang mereka untuk didermakan bagi membersihkan dan menyucikan mereka. Juga untuk menggalakkan mereka, kerana penggalakkan kamu itu dapat menenangkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[9:105] Katakanlah, "Kerjakanlah amalan yang baik baik; Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga dengan rasul dan orang orang yang percaya. Akhirnya, kamu akan dipulangkan kepada Yang Maha Mengetahui segala rahsia rahsia dan apa apa yang dilafazkan, kemudian Dia akan memberitahukan apa apa yang telah kamu lakukan."