Al-Quran 9:29 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Kamu mestilah menentang kembali orang orang yang ingkar kepada Allah, Hari Akhirat, dan juga orang orang yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan rasulNya dan tidak juga mereka ini berkekalan dengan agama yang benar ? diantara orang orang yang menerima kitab ? sehingga mereka membayar cukai yang ditetapkan dengan rela ataupun tidak merelakan.
[9:28] Wahai orang orang yang percaya, penyekutu penyekutu (Allah) itu telah tercemar; mereka tidak boleh dibiarkan berada diMasjid Suci selepas tahun ini. Jika kamu khuatir akan kehilangan pendapatan, Allah akan mencucuri rezekiNya kepada kamu, dengan mengikut kehendakNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[9:30] Orang orang Yahudi berkata, "Ezra adalah anak Allah," sementara orang orang Nasrani pula berkata, "Isa anak Allah!" Ini adalah kekufuran yang dilafazkan dari mulut mulut mereka, lantas kekufuran mereka itu serupa seperti orang orang dahulu yang telah mengkufurinya. Allah telah mengutuk mereka. Tentu sekali mereka itu telah menyeleweng.