Al-Quran 9:80 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Sama ada kamu mintakan pengampunan untuk mereka, ataupun kamu tidak memintakan pengampunan bagi mereka- walaupun kamu memintakan pengampunan sebanyak tujuh puluh kali - Allah tidak akan mengampuni mereka. Ini kerana mereka telah mengingkari Allah dan rasulNya. Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.
[9:79] Sesiapa yang mengkritik orang orang percaya yang murah hati kerana memberi terlalu banyak, dan menyindir orang orang percaya yang miskin kerana memberikan terlalu sedikit, Allah menghina mereka. Maka mereka telah dikenakan hukuman yang amat menyakitkan.
[9:81] Orang orang yang ditinggalkan itu bergembira kerana ditinggalkan kebelakang oleh rasul Allah, dan benci untuk berjuang dengan wang dan nyawa nyawa mereka demi kerana Allah. Mereka berkata, "Biarkanlah kami begini dari bersiap sedia didalam panas ini!" Katakanlah, "Api Neraka lebih lagi panasnya," jika hanya mereka dapat memahaminya.