Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 9:81 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)

Orang orang yang ditinggalkan itu bergembira kerana ditinggalkan kebelakang oleh rasul Allah, dan benci untuk berjuang dengan wang dan nyawa nyawa mereka demi kerana Allah. Mereka berkata, "Biarkanlah kami begini dari bersiap sedia didalam panas ini!" Katakanlah, "Api Neraka lebih lagi panasnya," jika hanya mereka dapat memahaminya.

[9:80] Sama ada kamu mintakan pengampunan untuk mereka, ataupun kamu tidak memintakan pengampunan bagi mereka- walaupun kamu memintakan pengampunan sebanyak tujuh puluh kali - Allah tidak akan mengampuni mereka. Ini kerana mereka telah mengingkari Allah dan rasulNya. Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.

[9:82] Biarkanlah mereka ketawa sedikit, dan berbanyak menangis. Inilah balasan dari dosa dosa yang telah mereka kerjakan.