Al-Quran 2:213 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Manusia itu adalah satu penghimpunan yang mana Allah mendatangkan para nabi sebagai pembawa berita berita baik, dan juga pemberi amaran. Dia turunkan kitab bersama mereka, untuk membimbing kepada kebenaran, dan untuk mengadili manusia atas pertikaian mereka. Malangnya, orang orang yang menerima kitablah yang berselisih faham dengan kitab yang baru, walaupun bukti yang nyata telah diberikan kepada mereka. Ini oleh kerana cemburu dipihak mereka. Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang percayakan kebenaranNya yang mana telah dipertikaikan oleh mereka, dengan kehendakNya, Allah membimbing sesiapa jua kejalan yang lurus.
[2:212] Kehidupan didunia ini adalah satu kenikmatan bagi orang orang yang ingkar, dan mereka mengejek ejek orang orang yang percaya. Walau bagaimanapun orang orang yang percaya akan mendapatkan kemulian lebih jauh keatas dari mereka diHari Akhirat kelak. Allah merahmati sesiapa yang Dia ingini dengan tidak ada batasan.
[2:214] Adakah kamu sangka yang kamu akan masuk kesyurga tanpa dicuba sebagaimana telah dicubakan kepada orang orang yang sebelum kamu? Mereka telah dicuba dengan kesusahan beserta bermacam penderitaan yang penuh dengan kepayahan, sehingga rasul dan orang orang yang bersamanya berkata, " Dimanakah kemenangan Allah? " Kejayaan Allah sudah dekat.