Al-Quran 2:26 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Allah tidak malu untuk membuat perumpamaan walaupun dari seekor nyamuk hinggalah yang lebih besar dari itu. Bagi orang orang yang percaya, mereka mengetahui sesungguhnya ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka; tetapi bagi orang orang yang ingkar, mereka bertanya, "Apakah yang Allah maksudkan dengan perumpamaan ini?" Dengan ini Dia memberi petunjuk kepada ramai orang dan Dia juga menyesatkan ramai orang, dan tidak Dia menyesatkan kecuali orang orang yang hatinya berpenyakit.
[2:25] Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang orang yang percaya, yang mengamalkan kerja kerja kebajikan, mereka itu akan mendapatkan taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Dan apabila diberikan buah buahan sebagai rezeki didalamnya, mereka berkata, "Inilah rezeki yang telah diberikan kepada kami semasa dahulukala."Maka mereka diberikan yang serupa dengannya bahkan lebih baik lagi. Mereka juga akan diberikan teman teman yang suci didalamnya dan mereka akan tinggal berkekalan didalamnnya buat selama lamanya.
[2:27] Yang memungkiri perjanjian Allah setelah mengikatkannya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkannya supaya dihubungkan, dan yang membuat kerosakan. Mereka inilah orang orang yang rugi.