Al-Quran 4:13 — Perempuan (Al-Nesa')
Ini adalah hukum hukum Allah. Sesiapa yang ta'at kepada Allah dan rasulNya, Dia akan memasukkan mereka kedalam taman taman yang air sungai sungainya yang mengalir, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya. Ini adalah satu kemenangan yang besar.
[4:12] Kamu akan mendapat separuh dari apa yang isteri isteri kamu tinggalkan, jikalau mereka tidak mempunyai anak anak. Jikalau mereka mempunyai anak anak, kamu mendapat satu- perempat dari apa yang mereka tinggalkan. Kesemuanya ini setelah memenuhi wasiat yang mereka tinggalkan dan setelah membayar segala hutang piutangnya. Mereka mendapat satu-perempat dari apa yang kamu tinggalkan, jikalau kamu tidak mempunyai anak. Jikalau kamu mempunyai anak anak, mereka akan mendapat satu- perlapan dari apa yang kamu wariskan. Semuanya ini setelah dapat memenuhi segala wasiat yang kamu tinggalkan, dan setelah membayar segala hutang piutang. Jikalau simati itu lelaki ataupun perempuan yang bersendirian, dan meninggalkan dua adik beradik, lelaki ataupun perempuan, tiap tiap seorang dari mereka mendapat satu-perenam daripada wasiatnya. Jikalau dia mempunyai lebih ramai adik beradik, maka dibahagikan mereka sama rata satu-pertiga dari wasiat itu. Semuanya ini, selepas memenuhi kesemuanya wasiat, dan juga selepas membayar kesemua hutang, supaya tidak ada sesiapa yang akan dilukai. Ini adalah sebuah wasiat yang diperintahkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
[4:14] Barang siapa yang mengingkari Allah dan rasulNya, serta melanggar perintah perintahNya, Dia akan memasukkan dia kedalam Neraka dimana mereka akan tinggal didalamnya buat selama lamanya. dia akan menerima siksaan yang amat menghinakan.