Al-Quran 4:12 — Perempuan (Al-Nesa')
Kamu akan mendapat separuh dari apa yang isteri isteri kamu tinggalkan, jikalau mereka tidak mempunyai anak anak. Jikalau mereka mempunyai anak anak, kamu mendapat satu- perempat dari apa yang mereka tinggalkan. Kesemuanya ini setelah memenuhi wasiat yang mereka tinggalkan dan setelah membayar segala hutang piutangnya. Mereka mendapat satu-perempat dari apa yang kamu tinggalkan, jikalau kamu tidak mempunyai anak. Jikalau kamu mempunyai anak anak, mereka akan mendapat satu- perlapan dari apa yang kamu wariskan. Semuanya ini setelah dapat memenuhi segala wasiat yang kamu tinggalkan, dan setelah membayar segala hutang piutang. Jikalau simati itu lelaki ataupun perempuan yang bersendirian, dan meninggalkan dua adik beradik, lelaki ataupun perempuan, tiap tiap seorang dari mereka mendapat satu-perenam daripada wasiatnya. Jikalau dia mempunyai lebih ramai adik beradik, maka dibahagikan mereka sama rata satu-pertiga dari wasiat itu. Semuanya ini, selepas memenuhi kesemuanya wasiat, dan juga selepas membayar kesemua hutang, supaya tidak ada sesiapa yang akan dilukai. Ini adalah sebuah wasiat yang diperintahkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
[4:11] Allah mendekrikan supaya kamu berwasiat demi untuk kepentingan anak anak kamu; lelaki mendapat dua bahagian dari perempuan. Jikalau pewarisnya kesemuanya perempuan, lebih dari dua orang, mereka akan mendapat dua-pertiga dari apa yang diwasiatkan. Jika hanya seorang anak perempuan yang ditinggalkan, dia akan mendapatkan satu-setengah. Ibu bapa ibu bapa simati akan mendapat satu-perenam dari wasiat itu bagi setiap seseorang, kalau simati ada meninggalkan anak anak. Jika dia tidak mempunyai anak anak, dan ibu bapa ibu bapa hanyalah pewaris, maka ibunya mendapat satu-pertiga. Jikalau dia mempunyai adik beradik, maka ibunya mendapat satu-perenam. Semuanya ini selepas memenuhi semua wasiat yang simati tinggalkan, dan setelah membayarkan semua hutang piutang. Sememangnya berkenaan ibu bapa ibu bapa dan anak anak, kamu tidak tahu yang mana diantara mereka yang terbaik untuk kamu dan juga yang dapat memanfaatkan kamu. Ini adalah undang undang dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[4:13] Ini adalah hukum hukum Allah. Sesiapa yang ta'at kepada Allah dan rasulNya, Dia akan memasukkan mereka kedalam taman taman yang air sungai sungainya yang mengalir, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya. Ini adalah satu kemenangan yang besar.