Al-Quran 9:1 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
بَراءَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسولِهِ إِلَى الَّذينَ عٰهَدتُم مِنَ المُشرِكينَ
Allah dan rasulNya telah memberikan kata putus kepada orang orang ingkar yang mengadakan perjanjian dengan kamu.
*9:1 Surah ini tidak ada Bismillah, bukan saja petanda yang nyata dari Allah yang Maha Kuat, bahkan telah didapatinya yang surah ini telah ditambahkan, dan juga merupakan mukjizat yang amat mengkagumkan. Lihat penerangannya didalam Appendik 24 & 29. <br><br> <br><br> *9:1 & *9:127 Hanya surah ini yang tidak dimulakan dengan Bismillah. Fenomina ini telah membingungkan penuntut penuntut Quran selama 14 centeri, dan banyak teori yang baru telah menerangkannya. Sekarang barulah kita sedar yang ketiadaan Bismillah adalah kerana tiga perkara: (1) Ini menunjukkan orang orang yang menyekutukan Allah telah ditakdirkan untuk menambahkan 2 ayat yang palsu. (9:128-129). (2) menunjukkan salah satu fungsi kod matematika dari Allah didalam Quran, untuk melindungnya dari sebarang perubahan. (3) Mengadakan mukjizat tambahan bagi kod Quran. Disebabkan kelebihan yang luar biasa diperlukan, penjelasannya telah diberikan diAppendik 24 dan 29. Satu dari perhatian yang segera adalah genabnya bagi nombor "Allah" pada akhir surah 9 ini totalnya adalah 1273 (19x67). Jika kedua dua ayat 128-129 ada didalam surah ini, fenomina ini - dan banyak lagi - akan menghilang.
[9:2] Dari itu, jelajahlah dimuka bumi ini dengan bebasnya selama empat bulan, dan ketahuilah yang kamu tidak akan dapat terlepas dari Allah, kerana Allah yang menghina orang orang yang ingkar.
Surah 9: Memberikan Kata Putus (Bara'ah) · Daftar Isi