Al-Quran 4:90 — Perempuan (Al-Nesa')
Dikecualikan hanyalah mereka yang bergabung dengan orang orang yang membuat perjanjian untuk berdamai dengan kamu, dan mereka yang datang dengan tidak ada keinginan untuk menentang kamu, begitu juga terhadap saudara mereka. Dengan keizinan Allah, Dia boleh membiarkan mereka berperang dengan kamu, dari itu jika mereka tidak mengganggu kamu, dan juga mengelakkan berperang dengan kamu, dengan menganjurkan kedamaian, maka Allah tidak memberikan kebenaran untuk kamu menyerang mereka.
[4:89] Mereka menginginkan supaya kamu ingkar sebagaimana mereka telah mengingkarinya, dan menjadikan kamu semacam mereka. Jangan sekali kali kamu berangggapan yang mereka itu kawan kawan kamu, melainkan jika mereka sama sama berjuang dijalan Allah. Jikalau mereka menentang kamu, kamu mesti melawan mereka, dan kamu bolehlah bunuh mereka jika kamu berhadapan dengan mereka didalam peperangan. Jangan sekali kali kamu menerima mereka sebagai kawan, ataupun menjalin pihak berikatan dengan mereka.
[4:91] Kamu akan mendapati yang lainnya berkeinginan untuk mengadakan perdamaian dengan kamu, dan juga dengan orang orang mereka. Tetapi apabila sahaja peperangan tercetus, mereka akan kembali untuk memerangi kamu. Melainkan jika mereka membiarkan kamu sendirian, dan menganjurkan perdamaian, dan berhenti dari melawan kamu. Jika mereka cuba menyerang kamu selepas itu maka bolehlah kamu menentang mereka bila mana kamu bertentangan dengan mereka. Terhadap mereka, kami telah memberikan kebenaran yang nyata.