Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:91 — Perempuan (Al-Nesa')

Kamu akan mendapati yang lainnya berkeinginan untuk mengadakan perdamaian dengan kamu, dan juga dengan orang orang mereka. Tetapi apabila sahaja peperangan tercetus, mereka akan kembali untuk memerangi kamu. Melainkan jika mereka membiarkan kamu sendirian, dan menganjurkan perdamaian, dan berhenti dari melawan kamu. Jika mereka cuba menyerang kamu selepas itu maka bolehlah kamu menentang mereka bila mana kamu bertentangan dengan mereka. Terhadap mereka, kami telah memberikan kebenaran yang nyata.

[4:90] Dikecualikan hanyalah mereka yang bergabung dengan orang orang yang membuat perjanjian untuk berdamai dengan kamu, dan mereka yang datang dengan tidak ada keinginan untuk menentang kamu, begitu juga terhadap saudara mereka. Dengan keizinan Allah, Dia boleh membiarkan mereka berperang dengan kamu, dari itu jika mereka tidak mengganggu kamu, dan juga mengelakkan berperang dengan kamu, dengan menganjurkan kedamaian, maka Allah tidak memberikan kebenaran untuk kamu menyerang mereka.

[4:92] Jangan sekali kali orang orang yang percaya membunuh orang yang sefahaman dengan mereka, melainkan dengan tidak disengajakan. Jika seorang membunuh orang yang percaya dengan tidak disengajakan, maka dia mestilah menggantikannya dengan membebaskan seorang hamba yang percaya, dan membayarkan ganti rugi kepada keluarga simati, melainkan jika mereka merelakannya sebagai dermaan . Jikalau mangsa itu adalah dari orang yang berperang bersama sama kamu, dan dia juga seorang yang percaya, kamu juga mesti membayar ganti ruginya dengan membebaskan seorang hamba yang percaya juga. Jikalau mangsa itu dari kalangan orang orang yang kamu telah menanda tangani untuk mengadakan perdamaian, kamu mesti membayarkan ganti rugi serta ditambahkan untuk membebaskan seorang hamba yang percaya. Kalau sekiranya kamu tidak dapati seorang hamba untuk dibebaskan, maka kamu mestilah membayarkannya dengan berpuasa dua bulan berturut turut, untuk kamu mendapatkan pengampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.