Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:92 — Perempuan (Al-Nesa')

Jangan sekali kali orang orang yang percaya membunuh orang yang sefahaman dengan mereka, melainkan dengan tidak disengajakan. Jika seorang membunuh orang yang percaya dengan tidak disengajakan, maka dia mestilah menggantikannya dengan membebaskan seorang hamba yang percaya, dan membayarkan ganti rugi kepada keluarga simati, melainkan jika mereka merelakannya sebagai dermaan . Jikalau mangsa itu adalah dari orang yang berperang bersama sama kamu, dan dia juga seorang yang percaya, kamu juga mesti membayar ganti ruginya dengan membebaskan seorang hamba yang percaya juga. Jikalau mangsa itu dari kalangan orang orang yang kamu telah menanda tangani untuk mengadakan perdamaian, kamu mesti membayarkan ganti rugi serta ditambahkan untuk membebaskan seorang hamba yang percaya. Kalau sekiranya kamu tidak dapati seorang hamba untuk dibebaskan, maka kamu mestilah membayarkannya dengan berpuasa dua bulan berturut turut, untuk kamu mendapatkan pengampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[4:91] Kamu akan mendapati yang lainnya berkeinginan untuk mengadakan perdamaian dengan kamu, dan juga dengan orang orang mereka. Tetapi apabila sahaja peperangan tercetus, mereka akan kembali untuk memerangi kamu. Melainkan jika mereka membiarkan kamu sendirian, dan menganjurkan perdamaian, dan berhenti dari melawan kamu. Jika mereka cuba menyerang kamu selepas itu maka bolehlah kamu menentang mereka bila mana kamu bertentangan dengan mereka. Terhadap mereka, kami telah memberikan kebenaran yang nyata.

[4:93] Sesiapa yang membunuh orang yang percaya dengan disengajakan, maka hukuman untuknya adalah Neraka, dimana situlah tempat tinggalnya yang berkekalan untuk selama lamanya, Allah amat memurkainya dan mengutuknya, dan telah disiapkan untuknya siksaan yang amat mengerunkan.