Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 53: Bintang Bintang (Al-Najm)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[53:1] Sedang bintang bintang menghilang.

[53:2] Kawanmu (Mohammad) tidaklah sesat, dan tidak juga dia ditipu.

[53:3] Tidak juga dia berkata dengan mengikuti keinginannya sendiri.

[53:4] Ianya adalah inspirasi yang suci.

[53:5] Diajarkan oleh yang Maha Berkuasa.

[53:6] Empunya sekelian autoriti. Dari ketinggianNya yang tertinggi sekali.

[53:7] Diufuk yang tertinggi.

[53:8] Dia datang mendekat dengan bergerak turun kebawah.

[53:9] Sehingga Dia mendatang sedekat mungkin.

[53:10] Lalu Dia menurunkan kepada hambaNya apa yang patut diturunkan.

[53:11] Minda tidak mengada adakan apa yang telah dilihatnya.

[53:12] Adakah kamu meragukan apa yang dia telah dilihatkan?

[53:13] Dia telah melihat disuatu turunan yang lain.

[53:14] Dipenghujungan kesudahan.

[53:15] Dimana lokasi Syurga yang abadi ditempatkan.

[53:16] Keseluruhan tempat menakjubkan.

[53:17] Mata mata tidak berpaling, dan tidak juga menjadi buta.

[53:18] Dia telah melihat tanda tanda yang besar dari Tuhannya.

Pujaan Pujaan Yang Lemah

[53:19] Bandingkan ini dengan pujaan pujaan perempuan Allat dan Al-'Uzzah.

[53:20] Dan Manaat, yang ketiga.

[53:21] Adakah kamu mempunyai anak anak lelaki, sementara Dia mempunyai ini sebagai anak anak perempuan?

[53:22] Betapakah buruknya pembahagian!

[53:23] Ini semua tidak lain hanyalah nama nama yang kamu ada adakan, kamu dan keturunan keturunan kamu. Allah tidak pernah mengautoriskan kekufuran yang sedemikian. Mereka hanya mengikuti terkaan saja, dan nafsu sendiri, apabila petunjuk yang benar telah datang kepada mereka didalam ini dari Tuhan mereka.

[53:24] Apakah sebenarnya yang manusia menginginkan?

[53:25] Kepunyaan Allah keduanya iaitu Akhirat dan dunia ini.

[53:26] Sedangkan para malaikat disekelian cekrawala tidak juga mempunyai autoriti untuk memberikan jaminan. Mereka yang diizinkan oleh Allah hanyalah orang orang yang membuat amalan yang mengikuti dengan kehendakNya dan mendapat kebenaran dariNya.

[53:27] Orang orang yang mengingkari akan Akhirat telah memberikan nama nama kewanitaan kepada para malaikat.

[53:28] Mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang ini; mereka hanyalah meneka saja. Tekaan tidak dapat menggantikan kebenaran.

Pilihlah Kawan Kawan Kamu Dengan Berhati Hati

[53:29] Kamu mestilah jangan memperdulikan orang orang yang berpaling dari mesej kami, dan menjadi terlalu sibuk dengan kehidupan didunia ini.

[53:30] Ini adalah berkenaan ilmu pengetahuan mereka. Tuhan kamu amat sedar akan orang orang yang tersesat jauh dari jalanNya, dan Dia amat sedar akan orang orang yang mendapat petunjuk.

[53:31] Kepunyaan Allah segala galanya disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi. Dia akan membalas orang orang yang mengkomit kejahatan diatas kerja kerja mereka, dan akan menganugerahkan orang orang yang berbuat baik diatas kebaikan mereka.

[53:32] Mereka menjauhi dosa dosa besar dan perbuatan yang keterlaluan, melainkan hanyalah kesalahan kesalahan yang kecil kecil. Pengampunan Tuhan kamu itu adalah begitu besar. Dia yang menyedari dengan sepenuhnya terhadap kamu dari mula Dia meinisiasikan kamu daripada bumi, dan dimasa kamu masih embrio embrio lagi didalam perut perut ibu ibu kamu. Dari itu, janganlah membanggakan diri diri kamu; sesungguhnya, Dia sahajalah yang amat sedar akan orang orang yang benar.

[53:33] Sudahkah kamu melihat seseorang yang berpaling pergi?

[53:34] Jarang sekali dia memberi derma, dan jika ada pun terlalu sedikit.

[53:35] Adakah dia mempunyai ilmu pengetahuan tentang masa depan? Dapatkah dia melihatnya?

[53:36] Tidakkah dia diberitahukan tentang ajaran ajaran didalam kitab Musa?

[53:37] Dan Ibrahim yang telah memenuhi?

[53:38] Tidak ada roh yang akan menanggung dosa dosa bagi roh yang lainnya.

[53:39] Tiap tiap manusia akan bertanggungjawab diatas kerja kerjanya sendiri.

[53:40] Dan tiap tiap kerja kerja mereka akan ditunjukkan.

[53:41] Dan mereka akan dibayar dengan sepenuhnya diatas kerja kerja yang sedemikian.

[53:42] Kepada Tuhan kamu sahajalah destini yang terakhir.

[53:43] Dia sahajalah yang membuatkan kamu ketawa dan menangis.

[53:44] Dia sahajalah yang menguasai mati dan hidup.

Suami Akan Menentukan Jantina Bayi

[53:45] Dia Sahajalah yang menciptakan kedua dua jenis, lelaki dan perempuan-

[53:46] dari cecair air mani yang halus.

[53:47] Dia akan menciptakan semula dengan berkesan.

[53:48] Dia Sahajalah yang menjadikan kamu kaya ataupun miskin.

[53:49] Dia adalah Tuhan seluruh Bimasakti.

[53:50] Dia Sahajalah yang telah menghapuskan masyarakat kuno 'Ad.

[53:51] Dan melenyapkan Thamud.

[53:52] Begitu juga dengan kaum Nuh sebelum itu; mereka adalah zalim lagi jahat.

[53:53] Komuniti komuniti zalim (dari Sodom dan Gommorah) yang paling hina.

[53:54] Akibatnya, mereka betul betul hilang.

[53:55] Mana satukah kekaguman kekaguman Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

[53:56] Ini adalah amaran serupa seperti yang terdahulu.

[53:57] Yang tidak boleh dielakkan itu telah dipastikan.

[53:58] Tidak ada disamping Allah dapat meringankannya.

[53:59] Adakah kamu menyoalkan perkara ini?

[53:60] Adakah kamu sedang ketawa, apabila sepatutnya menangis?

[53:61] Adakah kamu masih tetap dengan cara kehidupan kamu?

[53:62] Kamu mestilah jatuh sujud kepada Allah, dan menyembah.