Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 54: Bulan (Al-Qamar)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[54:1] Waktu telah datang lebih dekat, dan bulan telah terbelah.

[54:2] Kemudian mereka melihat suatu mukjizat; tetapi mereka berpaling dan berkata, "Magik yang lama."

[54:3] Mereka mengingkarkan, mengikuti pendapat pendapat mereka, dan berpegang teguh kepada tradisi mereka yang lama.

[54:4] Amaran amaran yang cukup telah disampaikan untuk menyedarkan mereka.

[54:5] Hikmah (kebijaksanaan) yang besar; tetapi kesemua amaran amaran telah disia siakan.

[54:6] Biarkan mereka, harinya akan datang apabila pemanggil akan mengumumkan malapetaka yang dahsyat.

[54:7] Dengan mata mata mereka yang hina, mereka keluar dari kubur kubur seperti belalang juta yang berselerak.

[54:8] Sementara mereka merespons kepada pemanggil, orang orang yang ingkar akan berkata, "Ini adalah hari yang payah."

[54:9] Kaum Nuh mengingkarkannya sebelum mereka. Mereka tidak mempercayakan hamba kami dan berkata, "Gila!" Dia telah disiksa.

[54:10] Dia bermohon kepada Tuhannya, "Aku telah ditindas; berikanlah daku kemenangan."

[54:11] Lalu kami pun membuka pintu pintu dari langit, mencurahkan air.

[54:12] Dan kami menyebabkan pancuran pancuran terpancar keluar dari bumi. Air air bertemu untuk menjadi penyebab bagi keputusan yang telah ditetapkan.

Bahtera

[54:13] Kami membawanya diatas semacam bahtera dari kayu kayu balak yang diikat dengan tali tali.

[54:14] Ianya belayar dibawah pengawasan pengawasan kami; sebuah anugerah bagi seorang yang telah diingkarkan.

[54:15] Kami telah menjadikannya sebagai suatu pengajaran. Adakah sesiapa diantara kamu ingin untuk mempelajarinya?

[54:16] Betapa azabnya hukumanKu selepas memberikan banyak amaran!

[54:17] Kami jadikan Quran ini mudah untuk dipelajari. Adakah sesiapa diantara kamu yang ingin mempelajarinya?

[54:18] 'Ad mengingkarkan. Akibatnya, betapa azabnya hukumanKu selepas memberikan banyak amaran!

[54:19] Kami menghantarkan keatas mereka angin angin kencang, dihari yang berterusan dengan penderitaan.

[54:20] Ianya menghumbankan orang orang sekeliling seolah olah mereka itu seperti pokok pokok palma yang telah usang.

[54:21] Betapa azabnya hukumanKu selepas memberikan banyak amaran!

[54:22] Kami jadikan Quran ini mudah untuk dipelajari. Adakah sesiapa diantara kamu yang ingin mempelajarinya?

[54:23] Thamud mengingkarkan amaran amaran.

[54:24] Mereka berkata, "Mestikah kami mengikuti salah seorang dari kami; seorang manusia? Tentunya kami akan menjadi sesat, lalu berakhir keNeraka.

[54:25] "Adakah mesej itu diturunkan kepadanya, dan bukannya kita? Dia adalah pembohong yang buruk laku.

[54:26] Mereka akan mendapat tahu esok siapakah yang sebenarnya pembohong lagi buruk laku.

[54:27] Kami akan menghantarkan unta sebagai suatu cubaan bagi mereka. Perhatikanlah mereka dan bersabarlah.

[54:28] Beritahukan mereka yang air mestilah dibahagikan diantara mereka; (unta itu) mestilah diizinkan untuk meminum pada harinya yang telah diaturkan.

[54:29] Tetapi mereka memujuk rakan mereka untuk membunuh (unta), dan dia patuh.

[54:30] Akibatnya, betapa azabnya hukumanKu! Mereka telah diberikan amaran.

[54:31] Kami menghantarkan mereka satu tiupan, dimana mereka pun menjadi seperti tuaian rumput rumput kering.

[54:32] Kami jadikan Quran ini mudah untuk dipelajari. Adakah sesiapa diantara kamu ingin mempelajarinya.

[54:33] Kaum Lut mengingkari amaran amaran.

[54:34] Kami hujani mereka dengan batu batu. Hanyalah keluarga Lut sajalah yang diselamatkan diwaktu subuh.

[54:35] Kami merahmatinya dan keluarganya; lantas kami menganugerahkan kepada orang orang yang tahu bersyukur.

[54:36] Dia telah memberikan amaran kepada mereka berkenaan balasan kami, tetapi mereka mencemuhkan segala amaran.

[54:37] Mereka berunding dengannya berkenaan tetamu tetamunya; kami telah butakan mereka. Rasakanlah hukumanKu; kamu telah diberikan amaran.

[54:38] Awal pagi pada keesokkan hari, hukuman yang memusnahkan menyerang mereka.

[54:39] Rasakanlah hukumanKu; kamu telah diberikan amaran.

[54:40] Kami jadikan Quran ini mudah untuk dipelajari. Adakah sesiapa diantara kamu ingin mempelajarinya?

[54:41] Orang orang Fir'aun telah diberikan amaran.

[54:42] Mereka mengingkari semua tanda tanda kami. Akibatnya, kami membalas mereka seperti mana yang Maha Kuat lagi yang Maha Berkuasa patut (membalas).

[54:43] Adakah para pengingkar kamu lebih baik dari para peingkar ini? Adakah kamu mendapat kelepasan dari kitab?

[54:44] Mungkin mereka berfikir, "Kita akan menjadi pemenang pemenang."

[54:45] Semuanya mereka akan dikalahkan; mereka akan berpusing balik dan lari.

[54:46] Waktu itu sedang menunggu mereka, dan Waktu itu lebih lagi buruk dan lebih sangat menyakitkan.

[54:47] Sudah pasti, pesalah yang sesat, dan akan berakhir diNeraka.

[54:48] Mereka akan diseret kedalam neraka, dengan dipaksa. Rasakan siksanya hukuman.

[54:49] Segala apa yang kami telah ciptakan telah diukur dengan rapi.

[54:50] Perintah perintah kami akan terlaksana sepintas kelipan mata.

[54:51] Kami telah menghapuskan rakan rakan seperjuangan kamu. Adakah sebarang dari kamu ingin mempelajarinya?.

[54:52] Segala apa yang mereka lakukan telah direkodkan didalam kitab kitab.

[54:53] Segala galanya, kecil ataupun besar, ada dituliskan

[54:54] Sudah tentu, orang orang yang benar berhak mendapatkan taman taman dan sungai sungai.

[54:55] Didalam kedudukkan yang dimuliakan, disisi Raja yang Maha Berkuasa.