Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 75: Hari Kebangkitan (Al-Qeyaamah)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[75:1] Aku bersumpah demi Hari Kebangkitan.

[75:2] Dan Aku bersumpah demi roh yang menuduh.

[75:3] Adakah manusia berfikir yang kami tidak akan menyusunkan semula tulang tulangnya?

[75:4] Ya! sesungguhnya; kami boleh menyusunkan semula hujung jarinya.

[75:5] Tetapi manusia itu hanya mempercayai apa yang dia lihat didepannya saja.

[75:6] Dia meragukan Hari Kebangkitan!

[75:7] Apabila saja pemandangan menjadi tajam.

[75:8] Dan bulan telah gerhana.

[75:9] Matahari dan bulan bertembung dengan satu sama lain.

[75:10] Manusia akan berkata pada hari itu, "Dimanakah tempat pelarian?"

[75:11] Sudah pasti tidak ada yang dapat melarikan diri.

[75:12] Kepada Tuhan kamu, pada hari itu, destini yang terakhir.

[75:13] Manusia akan diberitahukan, pada hari itu, segala apa yang dia lakukan untuk memajukan dirinya, dan segala apa yang dia lakukan untuk mengundurkan dirinya sendiri.

[75:14] Manusia akan menghakimkan dirinya sendiri.

[75:15] Tidak ada alasan yang akan diterima.

Muhammad Di-Larang Dari Menerangkan Quran

[75:16] Janganlah menggerakkan lidahmu untuk mempercepatkannya.

[75:17] Ianya adalah kami yang mengumpulkannya menjadi Quran.

[75:18] Apabila saja kami membacakannya, kau mestilah mengikuti Quran yang sedemikian.

[75:19] Kemudian ianya adalah kami yang menerangkannya.

[75:20] Sesungguhnya, kamu menyintai kehidupan yang sekejap ini.

[75:21] Sementara tidak memperdulikan Akhirat.

[75:22] Ada wajah wajah, pada hari itu, akan bergembira.

[75:23] Melihat akan Tuhan mereka.

[75:24] Wajah wajah yang lainnya, pada hari itu, menderita.

[75:25] Menjangkakan yang terburuk.

[75:26] Sesungguhnya, apabila (nyawa) sampai kekerongkong.

[75:27] Dan ianya diperintahkan: "Lepaskan!"

[75:28] Dia tahu yang ianya sudah berakhir.

[75:29] Sekaki akan berada dalam keadaan kaku bersebelahan satu sama lain.

[75:30] Kepada Tuhan kamu, pada hari itu, adalah perhimpunan.

[75:31] Kerana dia yang tidak memberikan derma dan tidak juga mengerjakan sembahyang (Salat).

[75:32] Tetapi dia mengingkarkan dan berpaling.

[75:33] Dengan keluarganya, dia berlagak sombong.

[75:34] Kamu sepatutnya mendapatkan ini.

[75:35] Sesungguhnya, kamu sepatutnya mendapatkan ini.

[75:36] Adakah manusia itu berfikir yang dia akan dibiarkan dengan begitu saja?

[75:37] Bukankah dia dari setitik cecair air mani yang memancut keluar?

[75:38] Dan Dia menjadikan suatu embrio darinya!

[75:39] Dia menjadikannya kepada lelaki ataupun perempuan!

[75:40] Adakah selepas itu Dia tidak boleh menghidupkan semula yang mati?