Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 76: Manusia (Al-Insaan)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[76:1] Tidakkah ianya menjadi satu fakta yang mana suatu masa dahulu ketika manusia itu belum suatu apa pun yang boleh disebutkan?

[76:2] Kami menjadikan manusia dari suatu campuran cecair, dari kedua ibu bapa, demi untuk mencubanya. Lantas, kami menjadikannya supaya dapat mendengar dan melihat.

[76:3] Kami menunjukkannya dua perjalanan, lalu, dianya sama ada bersyukur, ataupun tidak mensyukurinya.

[76:4] Kami sediakan untuk orang orang yang ingkar itu, rantai rantai, belenggu belenggu, dan nyalaan Neraka.

[76:5] Bagi yang berakhlak mulia, mereka akan meminum dari cangkir cangkir bercampuran dengan madu bunga.

[76:6] Sebuah mata air yang telah dikhaskan untuk hamba hamba Allah; ianya akan memancut keluar sebagaimana yang mereka sukai.

[76:7] Mereka memenuhi janji janji mereka, dan sedar akan satu hari yang sungguh sungguh amat sukar.

[76:8] Mereka mendermakan makanan yang disukai oleh mereka kepada orang orang miskin, anak anak yatim dan orang orang tawanan.

[76:9] "Kami memberikan kamu makan hanyalah kerana Allah; kami tidak mengharapkan hadiah dari kamu, dan tidak juga ucapan terima kasih.

[76:10] "Kami takut dari Tuhan kami satu hari yang dipenuhi dengan penderitaan dan kesusahan."

[76:11] Akibatnya, Allah melindungi mereka dari keburukkan keburukkan dihari itu, dan menganugerahkan mereka dengan kegembiraan dan puas hati.

[76:12] Kami menganugerahkan mereka kerana kesabaran mereka dengan Syurga, dan sutera.

[76:13] Mereka berehat didalamnya diatas perabut perabut yang mewah. Dan mereka tidak akan merasakan kehangatan matahari, dan tidak juga sebarang kesejukkan.

[76:14] Peneduh meneduhkan mereka didalamnya, dan buah buahan yang dibawa didalamnya dapat dicapai.

[76:15] Mereka akan diberikan minuman dari mangkuk mangkuk perak dan cangkir cangkir dari kaca lut cahaya.

[76:16] Cangkir cangkir dari kaca lut cahaya, walaupun diperbuat dari perak; mereka sepatutnya menerima semuanya ini.

[76:17] Mereka menikmati minuman yang enak lagi berbagai macam rasa.

[76:18] Dari mata air didalamnya dikenali sebagai "Salsabeel."

[76:19] Yang akan melayan mereka adalah pembantu pembantu yang suci. Apabila kamu melihat mereka, mereka kelihatan seperti mutiara mutiara yang bertaburan.

[76:20] Dimana saja kamu melihat, kamu akan mendapati keindahan, dan penguasaan yang hebat.

[76:21] Pakaian pakaian mereka adalah daripada baldu hijau, satin, dan barang barang perhiasaan dari perak. Tuhan mereka akan mengadakan untuk mereka air minuman yang bersih.

[76:22] Ini adalah anugerah yang menunggu kamu, kerana usaha kamu telah dihargai.

[76:23] Kami telah turunkan Quran ini kepadamu; revelasi yang teristimewa dari kami.

[76:24] Kamu mestilah bersabar dalam membawa perintah perintah dari Tuhanmu, dan janganlah menta'ati sebarang pengingkar pengingkar yang berdosa dari kalangan mereka.

[76:25] Dan agungkanlah nama Tuhan kamu siang dan malam.

[76:26] Diwaktu malam, jatuh sujudlah kepadaNya, dan mengagungkanNyalah dengan banyaknya sepanjang malam.

[76:27] Manusia ini telah begitu sibuk dengan kehidupan yang sekejap ini, sementara mengabaikan apa yang sudah dekat dihadapan mereka - satu hari yang berat.

[76:28] Kami menciptakan mereka, dan memantapkan mereka, dan, bila masa saja kami kehendaki, kami boleh menggantikan orang yang lain dari tempat mereka.

[76:29] Ini adalah amaran: sesiapa saja berkehendakkan bolehlah memilih kejalan Tuhannya.

[76:30] Apa saja yang kamu kehendaki adalah mengikut kehendak dari Allah. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[76:31] Dia memasukkan sesiapa saja dengan kehendakNya didalam belas kasihNya. Bagi orang orang yang melampaui batas, Dia telah menyediakan untuk mereka hukuman yang menyakitkan.