Al-Quran 2:282 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Wahai orang orang yang percaya, apabila kamu membuat pengurusan tentang pinjaman bagi masa masa yang tertentu, kamu mesti menulis butir butirnya. Penulis yang amanah mestilah mencatetkan segala perjanjian. Sipenulis surat perjanjian tidak boleh berdalih dari tanggung jawab mereka, dan mesti mengikuti ajaran Allah. Dia mestilah menulis dan yang berhutang mestilah menyemak masa yang dicagarkan. Dia (saksi) mestilah mengingati Allah Tuhan mereka dan jangan berbohong. Jika sipeminjamnya bukan dari orang yang pintar, ataupun tidak ada kuasa, dan juga jika dia (sipeminjam) tidak mengerti akan peraturan yang ditetapkan, pembantu bagi pihaknya mestilah periksa dengan seksama, dua lelaki mesti menjadi saksi; jika tidak ada dua lelaki, maka seorang lelaki dan dua perempuan dimana mereka dipercayai oleh semua. Mungkin jika seorang perempuan tidak jujur, yang seorang lagi dapat mengingatinya. Ini adalah tanggungjawab bagi para saksi yang akan memberikan kesaksian apabila dipanggil untuk memberi keterangan. Jangan rasa penat untuk menulis surat akuan, tidak kira walau berapa panjang, juga mestilah menulis masa pembayarannya. Ini adalah adil disisi Allah, para saksi mestilah meniliti apa apa yang kamu sangsikan. Surat pengurusan jual beli yang kamu batalkan perjanjiannya dimasa yang sama tidak perlu ditulis, tapi mesti diadakan saksi. Orang yang menulis dan para saksi tidak boleh dikasari kerana perkhidmatan mereka. Jika kamu mengkasari mereka itu adalah kezaliman dipihak kamu. Kamu mestilah mengingati Allah, dan Allah akan mengajarkan kamu. Allah Maha Mengetahui.
[2:281] Ingatlah pada hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah, dan setiap roh akan dibayar dengan apa yang telah dilakukannya, tanpa dizalimi.
[2:283] Jika kamu dalam perjalanan, dan tidak berkedapatan penulis, maka mestilah kamu membuat satu bon sebagai perjanjian yang teguh untuk membayar hutang kamu. Jika seseorang boleh dipercayai dalam keadaan begini, dia mestilah memulangkan bon setelah peminjam selesai membayar hutangnya, dan dia mesti mengingati Allah Tuhannya.jangan sembunyikan kesaksian yang mana kamu telah menyakinkan. Sesiapa yang menyembunyikan kesaksiannya adalah berdosa didalam hatinya. Allah amat mengetahui apa apa yang kamu lakukan.